top of page

Koperasi KIRA tawar pakej RM150 saham, barangan jenama KIRA



Koperasi Keadilan Bhd (KIRA) sempena Kongres Nasional KEADILAN yang bakal dilangsungkan pada Disember ini menawarkan pakej pembelian saham dan barangan jenama KIRA pada harga RM150.


Menurut Pengerusi Koperasi Keadilan Bhd (KIRA), Raiyan Abdul Rahim, tawaran itu bagi merealisasikan amanat Presiden KEADILAN yang mahukan setiap ahli KEADILAN menjadi ahli KIRA bagi meningkatkan taraf ekonomi serta menjaga kebajikan anggota.


"KIRA melancarkan tawaran eksklusif bersempena Kongres Keadilan Nasional yang bakal tiba.


"Tawaran ekslusif ini mengambil kira permintaan yang tinggi dari kalangan anggota KEADILAN yang ingin mendapatkan barangan KIRA, termasuklah t-shirt," katanya dalam satu kenyataan.



Kata Raiyan, pakej tersebut menawarkan baju T dua edisi putih dan hitam, keychain, pen dan beg pada harga yang istimewa, beserta saham KIRA yang bernilai RM 100. Barangan tersebut, kata beliau, boleh dimiliki dengan harga serendah RM150 selagi stok masih ada.


"Selain memberi peluang kepada anggota KEADILAN untuk memakai jenama KIRA dengan bangga, tawaran ini juga bertujuan menggalakkan penyertaan ahli baru dalam KIRA, dan untuk ahli lama menambah pelaburan.


"Sehingga kini, KIRA telah berjaya menarik hampir 2,500 ahli yang kesemuanya merupakan pemegang saham koperasi ini," katanya lagi.


Tambah Raiyan, anggota KEADILAN yang ingin mendapatkan pakej tersebut boleh berhubung dengan sekretariat KIRA.


Khusus untuk aktiviti koperasi di Johor, katanya, baju T dan barangan lain boleh diambil di reruai KIRA dalam program di sana.


KIRA juga akan membuka reruai supaya semua ahli berpeluang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini koperasi dan pencapaian bagi tahun 2024.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page