top of page

Konvensyen Perpaduan Lembah Pantai, pertama di Wilayah Persekutuan



Parlimen Lembang Pantai di Wilayah Persekutuan mungkin yang pertama menganjurkan konvensyen Kerajaan Perpaduan bagi memperkukuh hubungan di antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO-BN di kawasan itu.


Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Ketua Cabang KEADILAN kawasan itu, Fahmi Fadzil, konvensyen tersebut dianjurkan setelah lebih setahun Kerajaan Perpaduan di peringkat parlimen melakukan pelbagai aktiviti bersama dan mendapatkan rentak kerjasama politik antara satu sama lain.


"Ini adalah konvensyen Perpaduan di peringkat parlimen yang pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mungkin yang pertama di seluruh negara.


"Kita usahakan atas kesedaran perlunya diwujudkan hubungan yang lebih baik dan erat di kalangan ahli parti parti komponen Kerajaan Perpaduan.


"Dan ia adalah hasil setelah sejumlah aktiviti, interaksi, perbincangan, mesyuarat yang telah diadakan antara PH dan BN di peringkat Lembah Pantai selama lebih setahun ini," katanya kepada pemberita di lokasi konvensyen di Nexus Bangsar South.


Fahmi berharap konvensyen itu akan mempererat kerjasama di antara PH dan BN pada masa hadapan dan memperbanyakkan lagi program kemasyarakatan yang diatur bersama.


"Ini saya rasa permulaan yang baik dan saya harap dapat menjana semangat perpaduan yang lebih utuh.


"Memandang ini bulan kebangsaan yang mana kita bercakap secara langsung tentang perpaduan rakyat dan politik, maka di Lembah Pantai kita wujudkan perpaduan (sesama anggota komponen)," katanya lgi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page