top of page

Konvensyen KEADILAN Sarawak 2024, perkemas organisasi, jentera pilihanraya



Konvensyen KEADILAN Sarawak 2024 yang diadakan di Hotel Penview, Kuching semalam memfokuskan kepada memperkuat organisasi melalui beberapa perancangan dan gerak kerja.


Menurut Ketua Penerangan Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Sarawak, Tay Wei Wei @ Naga Libau, beberapa gerak kerja telah diputuskan untuk memantapkan parti melalui pelan Pemerkasaan Organisasi Parti 25 Tahun (POP25) dan Kerangka Kerja KEADILAN Menang Siri PRU16 (KEMAS16).


Katanya, gerak kerja berkenaan penting sebagai persiapan menuju Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka pada 2026.


"Latihan POP25 dan KEMAS16 yang dikendalikan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) bertujuan membuat persiapan awal untuk menghadapi PRN dan Pilihan Raya Umum ke 16.


"Di Konvensyen KEADILAN Sarawak 2024 ini juga diumumkan barisan baharu Jabatan Pilihan Raya Negeri Sarawak (JPRN)," kata Tay.


Menurut beliau lagi, seramai lebih 400 peserta dari 31 Cabang KEADILAN Sarawak telah menyertai konvensyen tersebut yang berlangsung selama sehari.


Konvensyen juga katanya, turut dihadiri pemimpin utama KEADILAN wilayah Sarawak.


Berikut barisan baharu kepimpinan JPRN yang dilantik pada Konvensyen KEADILAN Sarawak 2024:


Penasihat

Datuk Seri Hafsah Harun

Roland Engan

YB Chiew Choon Man

Victoria Muse


Pengarah JPRN

Ahmad Nazib Johari


Timb. Pengarah

Norisham Mohd Ali


Pengarah Pilihanraya AMK

Azlan Norita


Pengarah Pilihanraya Wanita

Zulhaidah Suboh


Setiausaha

Mahmud Epah


Bendahari

David Chow Ah Hong


Ketua Unit Perundangan

Dominique Ng


Ketua Unit Data & Digital

Azeanto Ahmad


Ketua Unit Kempen Lapangan

YBS Abun Sui Anyit


Ketua Unit Bahan Kempen

Norafiza hamzah


Pengarah Operasi

Saifunnizam Sam


Pengarah Strategi

Iswardy Morni


Pengarah Komunikasi

Jani Ak Unggu


Pengarah Latihan

Tay Wei Wei


Pengarah Sukarelawan

Senior Rade


Tugas tugas Khas

Wing Miku

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page