Kontrak Azam Baki tidak dibincang dalam mesyuarat kabinet
- Suara Keadilan
- Apr 9
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini tidak ada membincangkan tentang Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang bakal menamatkan kontraknya pada bulan depan.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil sebagai reaksi kepada pertanyaan pemberita pasca mesyuarat itu di Putrajaya, sebentar tadi.
''Kita tidak ada membincangkan (tentang Azam Baki) dalam mesyuarat hari ini.
''Tetapi, semestinya kerajaan sentiasa terbuka menerima pandangan pelbagai pihak untuk menambah baik sama ada daripada sudut perundangan atau proses demi usaha untuk membawa reformasi kepada institusi-institusi yang penting dalam negara kita,'' katanya.
Untuk rekod, Azam menggalas jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sejak Mac 2020.
Kemudian, kontrak beliau dilanjutkan selama setahun pada 10 Mei 2023 dan untuk setahun lagi pada tahun berikutnya.
Comments