top of page

Konsep WBS, inovasi teknologi internet tempatan sesuai ke sekolah luar bandar



Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mencadangkan penggunaan Sistem Wireless Bridging (WBS) untuk merealisasikan aspirasi 100 peratus liputan jalur lebar mudah alih di seluruh negara menjelang akhir 2025


Menterinya, Chang Lih Kang berkata teknologi penyambungan internet menggunakan sumber sedia ada itu perlu dipertimbangkan kerana ia berupaya menjadi penyelesaian lebih cepat dan mudah dalam memperluas capaian internet kepada komuniti yang ketinggalan serta terbatas.


"Selain penggunaan internet satelit, WBS juga boleh diadaptasi untuk memperluaskan sumber internet dari fasiliti sedia ada seperti di Pusat e-Desa, Pusat Internet Komuniti dan PEDi (Pusat Ekonomi Digital) lantas memperkasa fungsi fasiliti-fasiliti itu dalam memastikan kesalinghubungan digital masyarakat.


"Pemasangan sistem WBS juga cepat (kurang daripada satu bulan), menunjukkan potensi pelaksanaannya bagi perluasan capaian internet di kawasan lebih terpencil dalam usaha merapatkan jurang masyarakat bandar dan luar bandar," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sesi Perluasan Capaian Internet Melalui WBS di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Putrajaya pada Rabu.


Mengulas lanjut, Lih Kang berkata, kementerian bakal memperluaskan penggunaan konsep WBS di kawasan lain termasuk di luar Sabah dan Sarawak bergantung kepada permintaan.


Ia susulan potensi penggunaan WBS yang telah terbukti menerusi projek pembuktian konsep (PoC) pada 2022 oleh Akademi Sains Malaysia bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan TM One yang disokong MOSTI serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Kampung Pajam, Beranang, Selangor.

"Susulan PoC itu, sistem WBS dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Simbuan Tulid, Keningau, Sabah dan mula digunakan Sept lepas.


"Dengan kos sebanyak RM300,000 merangkumi langganan internet satelit berkelajuan tinggi selama tiga tahun dan pemasangan sistem WBS bagi perluasan capaian internet, ia kini telah memanfaatkan 158 pelajar, 15 guru serta 480 penduduk di kawasan berkenaan," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page