KEADILAN Sabah hari ini melancarkan Deklarasi Kinabalu dengan konsep SINERGI untuk melengkapkan konsep Madani di di negeri itu.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Mustapa Sakmud melancarkan kata kunci Sinergi itu dalam Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre hari ini.
Menurut beliau, Deklarasi Kinabalu merupakan satu cetuskan dalam retreat kepimpinan di Kundasan pada 3 minggu lalu dan diterima sebagai satu kata kunci yang penting dalam perjuangan KEADILAN Sabah seterusnya.
"S satu. Kita mahu jadi faktor pemersatu.
"I pula kita mahu berteraskan integriti dan inovasi.
"N nilai. Kita mahu berakarkan nilai kita.
"E ekonomi. Kita akan fokus dengan ekonomi negeri ini dengan kepimpinan Ketua Menteri kita, kita ada revenue RM8 bilion sekarang ini dan peningkatan yang amat baik," katanya.
Manakala R mewakili reformasi. Iaitu, kata Mustapa, KEADILAN Sabah akan memfokuskan reformasi pendidikan untuk generasi masa hadapan.
"G glokal. Kita akan memperjuangkan segenap kekuatan kita mempertahankan autonomi Sabah dalam Persekutuan Malaysia.
"I idea. Kita mahu jadi peneraju idea untuk kehidupan pelbagai agama. Saya di Kementerian Pendidikan Tinggi meminta supaya semua mahasiswa kita menjadi duta keharmonian di negara ini, melawan pemikiran 3R yang hanya mementingkan kaum dan agama. Ini sumbangan orang Sabah. Kita yang faham tentang kepelbagaian ini," katanya.
Tegas Mustapa, KEADILAN Sabah mahu rakyat sedar bahawa dalam mereka memperjuangkan hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 tetapi mereka juga punyai tanggungjawab untuk memastikan Malaysia terus aman damai dan bertamadun.
Comments