top of page

Konsep Madani diterima sarjana Islam bersumberkan al-Quran, Sunnah



Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar melahirkan rasa kesal terhadap sikap pemimpin politik yang sengaja terus mencetuskan polemik terhadap konsep dan pendekatan Madani.


Tegasnya, konsep Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah gagasan murni untuk mengangkat semula martabat negara yang tidak sepatutnya diremehkan apalagi dilabelkan antaranya sebagai Madani Jahiliah.


Sebarang usaha melabelkan gagasan itu untuk mengelirukan rakyat adalah amat sangat keterlaluan dan mendukacitakan.


"Konsep Madani telah diterima secara menyeluruh oleh sarjana Islam sebagai bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. ⁠


"Konsep Madani juga menekankan pendekatan pembangunan negara yang bersifat syumul, holistik dan komprehensif dari aspek rohani dan jasmani," katanya dalam satu kenyataan.


Media sebelum ini memetik tulisan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menganggap ketiadaan Anwar Ibrahim di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) di Kaherah sebagai bukti konsep madani yang dibawa perdana menteri dan kerajaan tidak tulen.


Ahli Parlimen Marang itu menuduh, Anwar bergantung kepada Madani Jahiliah seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan BlackRock.


Abdul Hadi mendakwa tanpa penglibatan Anwar di Sidang Kemuncak D-8 telah membuktikan Malaysia masih di bawah kuasa pihak lain melalui "wakil penjajah" dan ia perlu dimerdekakan sepenuhnya.


Sebagai rekod, ketika persidangan ke-11 itu Anwar menerima kunjungan Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.


Susulan itu Perdana Menteri telah mewakilkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke persidangan tersebut.


Sementara itu Mohd Na'im menerusi kenyataan sama mengingatkan umat Islam supaya berwaspada dengan usaha mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan polemik pemikiran keagamaan bagi meraih kepentingan tertentu.


"Sempena lembaran baharu tahun 2025, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru semua pihak agar memperkukuh perpaduan untuk membangunkan negara demi kepentingan rakyat," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page