top of page

Kongsi hasil negeri pembangkang akan gugat Terengganu - Azan



Oleh: Abdullah Zaid


Idea perkongsian hasil dalam kalangan negeri negeri pembangkang PN yang diutarakan dalam persidangan SG4 minggu lalu masih dibicarakan dalam kalangan ahli politik di negeri negeri terlibat.


Bagi ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Azan Ismail, perkongsian hasil itu idea yang tidak munasabah memandangkan kekayaan sesuatu negeri secara Perlembagaannya tidak boleh dikongsi melalui entiti syarikat.


Katanya, agak mustahil misalnya hasil mineral Terengganu seperti unsur nadir bumi (REE) kelak diserahkan kepada negeri lain dan mengurangkan hak rakyat ke atas hasil bumi negeri berkenaan.


"Perkongsian hasil ini saya lihat salah dari segi pengurusan di mana setiap negeri ada kedaulatan untuk menguruskan hak masing-masing, jadi bagaimana hak Terengganu boleh diberi kepada Perlis, Kedah dan Terengganu?


"Padahal, hasil itu boleh sahaja dimasukkan dalam rizab simpanan untuk kegunaan generasi akan datang," katanya kepada Suara Keadilan.


Terdahulu, syarikat SG4 Group diumumkan secara rasmi pada 3 September lalu. Manakala bekas Presiden Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Ketua Panel Penasihat SG4.


Penubuhan entiti korporat itu dikatakan bakal menyalur ekuiti sebanyak 25% kepada negeri pembangkang selain hasil kekayaan empat negeri itu dikongsi dan diagihkan untuk pembangunan negeri berkenaan.


Mengulas lanjut, Azan berkata idea perkongsian kekayaan negeri pembangkang dengan melantik Mahathir sebagai penasihat hanyalah bersifat politik.


Hal itu, katanya, bekas Perdana Menteri itu bertanggungjawab membatalkan royalti minyak 5% kepada Terengganu pada 1999 lalu dan menukarnya kepada Wang Ehsan.


"Pandangan saya, pengumuman Mahathir sebagai penasihat SG4 adalah tidak lebih daripada pengumuman politik yang hanya ingin menonjolkan imej Mahathir.


"Padahal, sosok itulah yang membatalkan status royalti kepada Wang Ehsan, jadi nasihat saya sebelum beria-ria dengan SG4, jelaskan dahulu kenapa beliau membatalkan status berkenaan," ujarnya lagi.

0 comments

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page