top of page

Kongres KEADILAN bincang isu negara, rakyat, bukan retorik politik - Saifuddin




Kongres Nasional KEADILAN 2023 yang membuka tirai pada malam ini akan membincangkan isu negara dan rakyat.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifudidn Nasution Ismail, kongres KEADILAN tidak seharusnya jadi seperti perhimpunan tahunan Bersatu yang membincangkan isu presiden parti itu tidak mahu meneruskan perkhidmatan.


"Kongres Tahunan KEADILAN diadakan berbetulan dengan perhimpunan agung parti Bersatu.


"Perhimpunan agung parti Bersatu ucapan dasar presidennya umum letak jawatan nak berundur. Pembahas kemudiannya minta jangan berundur.


"Majlis tertinggi buat mesyuarat khas tolak. Jangan berundur. Penutup hari ini presiden umum tak jadi berundur. Isu rakyat, isu ekonomi, isu antarabangsa tak jadi tumpuan.


"Kongres parti KEADILAN tidak boleh jadi begitu. Kongres KEADILAN mesti bicara soal kestabilan politik, merancakkan ekonomi, memberi fokus tumpuan kebajikan dan keadilan rakyat," katanya dalam ucapan pembukaan Kongres Nasional KEADILAN 2023 di PICC, Putrajaya, malam ini.


Kongres KEADILAN, pesan Saifuddin perlu mengutarakan isu penting pemerintahan dan yang utama seperti tatakelola dan ketelusan pentadbiran.


"Yang paling penting adalah mengamalkan tatakelola pemerintahan. Kongres ini ada dua signifikan, kita di ambang menjengah usia 25 tahun pada April tahun depan.


"Juga hari ini 25 Nov adalah genap setahun Datuk Seri Anwar menjadi PM dan setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page