top of page

Konflik Palestin-Israel: PM gesa penyelesaian konkrit, tamatkan peperangan



Oleh: Abdullah Zaid


Malaysia menolak naratif pembunuhan beramai ramai atau genosid Israel ke atas rakyat Palestin sebagai tindak balas daripada serangan ke atas negara haram itu pada 7 Oktober 2023.


Sebaliknya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, krisis kemanusiaan itu sebenarnya bermula sejak empat dekad lalu dan berterusan hingga ke hari ini.


"Hakikatnya ia tidak bermula dengan 7 Oktober tetapi ia telah berlaku sejak daripada peristiwa Nakhbah (1947-1948) dan perkara itu tidak boleh diselesaikan dengan satu insiden sahaja," katanya sewaktu menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media bersama ketua kerajaan Jerman.


Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya wartawan semasa sidang akhbar bersama Canselor Jerman Olaf Scholz dalam rangka kerja lawatan enam hari beliau di negara berkenaan.


Mengulas lanjut, berkenaan pembebasan tawanan kedua belah pihak sama ada mampu menyelesaikan konflik Palestin-Israel, Perdana Menteri berkata masyarakat antarabangsa perlu mencari penyelesaian konkrit terutama isu penempatan haram Israel.


"Saya ada sampaikan kebimbangan saya, bahawa tahanan ini perlu dibebaskan tetapi adakah ia membawa solusi sepenuhnya kepada konflik ini?


"Bagaimana dengan pendatang-pendatang (haram Yahudi), tekanan yang mereka lakukan saban hari dan hak Palestin untuk mendapatkan hak mereka (bernegara sendiri) tidak diambil perhatian?," soalnya.


Tegas Anwar, komuniti antarabangsa perlu merealisasikan penyelesaian dua negara bagi menoktahkan konflik yang sudah berlanjutan selama beberapa dekad di Timur Tengah.


"Ia bermakna pembunuhan dan kezaliman perlu dihentikan dan seluruh komuniti antarabangsa, perlu memastikan tidak ada lagi keganasan yang dilakukan oleh mana-mana kumpulan terhadap sesiapa pun.


"Orang Islam, orang Kristian atau orang Yahudi, mereka harus diberi hak dan hidup dalam keamanan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page