top of page

Komuniti MADANI disaran kukuh sinergi bersama agensi kerajaan



Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mahu hubungan erat antara Komuniti MADANI dengan agensi seperti Jabatan Penerangan terus dikekalkan.


Ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sembang Santai Komuniti MADANI di Putatan pada Isnin beliau berkata, komuniti itu memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat mengenai dasar kerajaan kepada rakyat sekaligus menyalurkan kembali maklumat balas rakyat di peringkat akar umbi kepada kerajaan.


"Harapan saya hubungan erat rakan Komuniti MADANI dan Jabatan Penerangan juga kementerian (Komunikasi) dapat wujudkan sinergi yang baik… rakan Komuniti MADANI bantu sampaikan maklumat ke akar umbi, juga salurkan masalah dihadapi di akar umbi hingga sampai ke pejabat saya.

"Ini kita harap ada komunikasi dua hala yang lebih cergas, lebih baik dan lebih bermanfaat," katanya dipetik.


Beliau yang juga merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan sementara itu menegaskan, beliau akan mendengar isu dan permasalahan berbangkit yang dibawa seterusnya membawa isu terbabit kepada pengetahuan pihak berkaitan dalam Kerajaan MADANI bagi tindakan segera.


Terdahulu, ketika berucap dalam program berasingan iaitu Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Komunikasi untuk Zon Sabah dan Labuan di Penampang, Fahmi meminta Jabatan Penerangan supaya proaktif memberi penjelasan kepada rakyat mengenai dasar kerajaan termasuk isu penyasaran subsidi.


Beliau berkata ini penting untuk memastikan maklumat tepat berkaitan setiap langkah yang diambil kerajaan dapat disampaikan secara jelas kepada masyarakat, sekali gus mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mencipta persepsi tidak betul.


"Penjimatan diperoleh melalui penyasaran semula subsidi disalurkan terus kepada rakyat melalui lebih banyak inisiatif yang akan dilaksanakan, sekali gus menambah pendapatan rakyat dan mengelakkan subsidi jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page