top of page

Komuniti MADANI diperkasa, tangkis maklumat palsu - Fahmi



Kerajaan bakal memperluas Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, bagi tujuan itu, dana khas bakal disediakan supaya ahli komuniti dapat bergerak lebih efektif di lapangan, sekali gus menghakis fitnah dan maklumat palsu dalam kalangan masyarakat setempat.


"Kita mahu memastikan pasukan secara keseluruhan mempunyai asas yang boleh membantu mereka menyampaikan maklumat dengan tepat, menangkis berita palsu serta mendekatkan rakyat dengan kerajaan MADANI.


"Harapan saya, selepas ini program ASAS akan menjelajah seluruh negara bermula di Sabah, kemudian ke Sarawak dan seterusnya Pantai Timur," katanya dipetik.


Fahmi berkata begitu kepada pemberita selepas majlis penutupan Akademi ASAS Penerangan (ASAS) Zon Tengah di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di Kuala Lumpur pada Ahad.


Sementara itu menurut Fahmi, program tersebut turut digerakkan bersama kempen keselamatan dalam talian kendalian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


Ia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman digital, termasuk isu buli siber.


"Program tersebut akan menjangkau 10,000 sekolah dan semua universiti awam, selain melibatkan Komuniti MADANI dalam menyampaikan modul keselamatan dalam talian kepada masyarakat," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page