top of page

Komuniti India nikmati pelbagai inisiatif Kerajaan MADANI



Kerajaan MADANI telah menggerakkan pelbagai inisiatif dan peruntukan yang telah memanfaatkan semua golongan masyarakat termasuk komuniti India.


Menteri Digital, Gobind Singh Deo melalui ucapan Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2024 di Kuala Lumpur pada Khamis berkata, ia dapat dibuktikan menerusi Belanjawan 2025 yang memperuntukkan RM130 juta untuk komuniti itu.


Peruntukan itu antara lain bagi melaksanakan pelbagai program termasuk pembiayaan perniagaan masyarakat India, bertujuan membangunkan modal insan, sosial dan kebajikan mereka.


"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menekankan usaha menyelaras keperluan di perkampungan kaum India. Begitu juga peruntukan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional untuk semua kaum, manakala Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kini diperluaskan kepada masyarakat India.


"Awal bulan ini, Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) meluluskan lebih RM95 juta bagi melaksanakan 11 program pembangunan sosioekonomi termasuk Program Latihan dan Penempatan Sijil Profesional Keselamatan Siber EC-Council yang bernilai RM3.4 juta.


"Peruntukan itu termasuk Program Bantuan Awal Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi MITRA sebanyak RM25 juta, dengan kesemua inisiatif berkenaan akan membantu memperkasa komuniti India," katanya dipetik.


Turut hadir ke majlis sambutan dianjurkan Kementerian Digital itu adalah Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri Kabinet dan dan timbalan menteri.

Sementara itu tambah Gobind, kemajuan sosioekonomi rakyat harus bergerak seiring dengan pembangunan negara, termasuk dalam aspek digital, seperti kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan animasi.


Justeru jelasnya, Kementerian Digital komited dalam usaha untuk memperkasakan tiga teras utama - infrastruktur, daya tahan digital serta bakat.

"Pada masa yang sama, data merupakan aset penting yang perlu dipelihara. Langkah-langkah proaktif telah pun diambil untuk memastikan data kepunyaan rakyat serta perniagaan di Malaysia terjamin," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page