Oleh: Noraini Nordin
SOROTAN PRK KKB: Berbaki kurang daripada 36 jam sebelum tempoh kempen berakhir, Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi 'turun padang' membantu kempen calon Perpaduan, Pang Sock Tao.
Dr Wan Azizah bersama pasukan jentera Perpaduan melakukan 'walk about' di kedai-kedai sekitar pekan KKB untuk menyantuni peniaga yang juga pengundi di DUN tersebut.
Kehadiran mantan Presiden KEADILAN itu memberi kesan merangsang undi yang bakal berpihak pada calon Perpaduan. Kesannya dirasai apabila pengundi-pengundi Atas Pagar mula beralih arah kepada Pang.
Sementara itu, seperti biasa dalam mana-mana PRK sejak terbentuknya Kerajaan Perpaduan ini, Wanita KEADILAN Pusat sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi bersama pergerakan wanita lain-lain parti untuk membantu kemenangan calon yang bertanding.
Dalam kempen PRK KKB yang sedang hangat berlangsung sekarang, Wanita KEADILAN terus giat berkempen di 6 kawasan sasaran.
Bermula dengan bersama-sama mengiringi calon pada hari penamaan calon, gerak kerja seterusnya ialah turun ke lapangan menyantuni dan mendekati pengundi.
Wanita KEADILAN cergas berkempen
Selain melaksanakan program-program kempen yang khusus, Wanita KEADILAN sentiasa bergerak mengedarkan risalah-risalah penerangan kepada pengundi.
Ia dilakukan dengan cara menemui mereka di tempat-tempat terbuka seperti pasar, kedai dan lain-lainnya. Sebaran risalah ke rumah-rumah juga turut dilakukan.
Bagi Wanita KEADILAN, bekerja keras dan memastikan kemenangan calon adalah matlamat utama yang ingin dicapai.
Dengan kemenangan sebagai matlamat, Wanita KEADILAN mahu melihat negara dan negeri Selangor terus makmur, aman serta sejahtera ditadbir oleh Kerajaan Perpaduan ini.
_________________________________________________________________________________
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat
Commentaires