top of page

Komitmen PM pinda RUU 355 libatkan pakar perundangan disokong - AMK



Iltizam Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pindaan Rang Undang Undang 355 (RUU 355) bagi memperkasakan bidang kuasa kesalahan Syariah di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 amat dihargai.


Menurut Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Ustaz Ashraf Hadi, pergerakan itu menyokong ucapan PM pada Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia di Putrajaya semalam yang bertegas akan melibatkan pakar undang undang Syariah dan Sivil di peringkat antarabangsa bagi menjamin pindaan RUU 355 diteliti secara terperinci dan holistik untuk mencapai matlamat matlamat keadilan dan kesaksamaan.

Ustaz Ashraf Hadi

"Usaha ini mencerminkan komitmen teguh Perdana Menteri dalam memartabatkan Mahkamah Syariah di era pentadbiran Malaysia MADANI," katanya dalam kenyataan.


Menurut Ashraf, komitmen PM itu juga akan menamatkan polemik agama berkaitan RUU 355 yang sebelum ini diguna pakai oleh pihak parti pembangkang khususnya Pas yang berusaha untuk meminda RUU 355 sejak 2017 tetapi tidak melakukannya apabila meraih kuasa pada 2020 hingga 2022.


Sehubungan itu, katanya, AMK akan mempergiatkan usaha penerangan berkenaan pindaan RUU 355 itu agar hal itu tidak terus dikelirukan oleh pembangkang.


"Menyahut seruan Perdana Menteri, di peringkat AMK Malaysia, melalui Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama akan mengadakan beberapa inisiatif program penerangan dan pencerahan berkenaan RUU 355 untuk memberikan pemahaman yang jelas dan mendalam kepada rakyat Malaysia.


"AMK Malaysia menyeru semua pihak untuk menyokong usaha murni dan iltizam Perdana Menteri ini demi kebaikan bersama dan kemajuan sistem perundangan Syariah di Malaysia," katanya lagi.

0 comments

Kommentarer


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page