top of page

Komitmen pelaburan AS$2 bilion bukti Malaysia Madani semakin diyakini



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Satu lagi kejayaan membanggakan daripada segi pelaburan asing dicatatkan oleh negara.


Kali ini ia dicapai melalui Google, sebuah syarikat teknologi utama yang mengesahkan komitmen pelaburan sebanyak AS$2 bilion.


Pelaburan tersebut adalah bagi menempatkan pusat data Google pertama dan rantau Google Cloud di Malaysia.


Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengumumkan, pelaburan itu akan menyokong 26,500 pekerjaan merentas pelbagai sektor di Malaysia termasuk dalam penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan dengan jumlah keseluruhan impak ekonomi bernilai RM15.04 bilion (AS$3.2 bilion).


Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam catatan di media sosial menyambut baik pengumuman pelaburan langsung asing itu.


Menyokong agenda kerajaan


Katanya, komitmen pelaburan sebanyak AS$2 bilion itu adalah bagi menyokong agenda kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan lagi transformasi digital negara.


"Pelaburan itu dijangka akan membawa kesan berganda kepada ekonomi Malaysia sekitar USD3.2 bilion dan pewujudan sebanyak 26,500 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030," ujar Anwar.


Dalam hal ini, PM mengimbas pertemuan secara maya bersama pengurusan kanan Google pada 6 Mei yang lalu di mana beliau telah menekankan kepada syarikat tersebut tentang dukungan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan perlunya kerjasama strategik ditumpukan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan juga pertanian.


Pelaburan amat penting


Di samping banyak pelaburan lain telah berjaya dibawa masuk dalam pelbagai lawatan Perdana Menteri ke luar negara sebelum ini, pelaburan daripada Google amat penting dalam mengembangkan lagi kepesatan teknologi di negara ini.


Yang nyata, negara di bawah pimpinan PM Anwar Ibrahim semakin mendapat kepercayaan serta keyakinan daripada syarikat-syarikat utama dunia.


Dengan perkembangan ini, masa depan Malaysia semakin gemilang di bawah pimpinan PMX.

_________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page