top of page

Komitmen padu Dr Wan Azizah 'berkampung' cerahkan peluang Dr Joohari menang



Oleh: Noraini Nordin


SOROTAN PRK SG BAKAP: Dalam kehangatan pecutan akhir kempen PRK Sungai Bakap menyaksikan Pengerusi Majlis Penasihat Parti KEADILAN Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turun padang membantu kempen calon Perpaduan, Cikgu Joohari Ariffin.


Kehadiran Wan Azizah bersama pasukan jentera Perpaduan menyantuni pengundi Sungai Bakap tanpa mengira bangsa dan status masyarakat memberi kesan besar mengalihkan sokongan pengundi kelabu menjadi putih untuk mengundi calon Perpaduan pada 6 Julai ini.


Sejak hari penamaan calon pada 22 Jun lalu ibu reformasi inilah antara pimpinan pusat parti yang turut `berkampung’ di Sungai Bakap bagi memasti calon Perpaduan meraih kemenangan bergaya.


Program beramah mesra bersama penjaja setempat sekitar Taman Sungai Duri

Aktiviti kempen Dr Wan Azizah dilakukan dengan pelbagai cara antaranya ziarah kasih, menyantuni peniaga-peniaga kecil di pasar pasar awam, taman taman perumahan hingga ke ceruk desa kawasan DUN Sungai Bakap.


Minum petang bersama pengundi Ladang Sempah


Selain berkempen di lapangan, Dr Wan Azizah turut hadir meraikan penduduk Daerah Mengundi Ladang Sempah dalam Majlis Minum Petang di Sungai Jawi.


Dalam majlis tersebut Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berpesan supaya mengundi calon nombor 1 Cikgu Joohari Ariffin demi kesejahteraan DUN tersebut.


Dr Wan Azizah melawat warga emas yang uzur

"PRK Sungai Bakap ini amat penting untuk kita memilih calon dari Kerajaan Madani bagi menyambung kesinambungan perlaksanaan program memperkasakan masyarakat," jelas beliau semasa berucap dalam majlis tersebut.


Turut bersama mengiringi Dr Wan Azizah ialah anggota Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat yang diketuai Fadhlina Sidek .


Selain itu, ada waktunya aktiviti kempen isteri Perdana menteri itu disertai oleh anaknya, Nurul Izzah Anwar yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pulau Pinang.


Sebagai figura negara yang terkenal dengan gaya keibuan serta menjadi sanjungan rakyat kehadiran Wan Azizah dalam siri-siri kempen PRU dan PRK amat dinantikan oleh pengundi termasuklah di Sungai Bakap .


Pengundi mengambil peluang berfoto kenangan bersama isteri PMX ini dengan wajah ceria.


__________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page