top of page

Komitmen kerajaan pastikan akses terbaik untuk sekolah pesisir



Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk memastikan semua sekolah termasuk di kawasan pesisir menikmati kemudahan terbaik seiring dengan pendidikan manusiawi iaitu memastikan tiada siapa yang terpinggir.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, susulan itu pihaknya akan melaksana langkah proaktif dengan turun padang ke kawasan terbabit bagi melihat sendiri akses pendidikan dan infrastruktur yang perlu ditambah baik sekali gus meningkatkan akses pendidikan berkualiti.


"Kaedah lawatan sebegini merupakan suatu pendekatan terbaik untuk meninjau dan menilai secara langsung (first hand) isu yang dihadapi dan seterusnya boleh mencadangkan penyelesaian kepada pihak berkaitan.


"Sebagai contoh, ketika tinjauan bersama pengurusan tertinggi kementerian di Pulau Tioman di sini, beberapa isu yang dibangkitkan telah diambil tindakan segera antaranya melibatkan pengangkutan dan tempat tinggal guru," katanya dipetik.


Fadhlina sebelumnya menghadiri Program Tindak Susul Parlimen di Pulau Tioman dengan diiringi Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan dan Pengarah Pendidikan Pahang Amzan Abd Malek.


"Di Pulau Tioman ini, saya dan pasukan Pendidikan Malaysia MADANI memberi fokus untuk memantau sendiri keadaan institusi pendidikan serta isu-isu yang berkait dengan kesejahteraan guru dan murid termasuk penyediaan infrastruktur fizikal, akses teknologi dan digital serta pendidikan awal kanak-kanak," tambahnya.


Program Tindak Susul Parlimen di Pulau Tioman merupakan siri kedua dianjurkan KPM tahun ini selepas Selangor.


Program tersebut bertujuan membuat pemerhatian dan penilaian secara langsung berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen semasa persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


Dalam program yang berlangsung dua hari bermula Isnin, Fadhlina berkesempatan meninjau infrastruktur Sekolah Kebangsaan Mukut serta Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek di sini selain beramah mesra dengan warga pendidik dan murid sekolah berkenaan.


Murid sekolah di pulau peranginan itu turut menerima sumbangan berbentuk keperluan pembelajaran dan bahan bacaan.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page