top of page

Komited jadikan Negeri Sembilan pilihan pelabur - Aminuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 15
  • 1 min read


Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion pada suku kedua 2024 berdasarkan dapatan Investment Development Authority (MIDA).


Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sehubungan itu Kerajaan Negeri komited serta giat meneruskan libat urus bersama pelabur berpotensi dari dalam dan juga luar negara.


"Negeri Sembilan juga memberi tumpuan meningkatkan daya saing ekonomi dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri ini secara mampan dan inklusif menuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13)," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya menyampaikan sembah ucapan tahniah dan taat setia sempena Hari Keputeraan ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, di Kuala Pilah pada Selasa.


Menerusi ucapannya Amiruddin turut memaklumkan, pentadbirannya menyokong cadangan jaringan lebuh raya baharu melibatkan Lebuh Raya Senawang KLIA (SKLIA) serta sambungan Lebuh Raya West Coast Expressway (WCE).


Beliau yakin jajaran WCE menghubungkan Selangor ke Johor dengan merentasi pantai Port Dickson itu akan memberi limpahan ekonomi dan pembangunan kepada rakyat Negeri Sembilan. .


Selain itu katanya, Kerajaan Negeri turut memberi pendekatan dalam reformasi bidang baharu seperti Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI), transformasi digital dan transisi tenaga dan sedang giat membangunkan Pelabuhan Smart AI Container di Port Dickson.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page