top of page

Komen jelik di TikTok, FB: Empat lagi disiasat - MCMC



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan siasatan ke atas empat lagi suspek berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai lalu.


Menurut kenyataan MCMC, rakaman percakapan terhadap empat suspek itu dilakukan di lokasi berasingan iaitu di Rawang, Selangor; Sungai Petani, Kedah; Butterworth, Pulau Pinang dan Kangar, Perlis setelah aduan diterima daripada orang awam.


"Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.


"Dalam operasi yang dijalankan, kad sim dan telefon pintar milik keempat-empat suspek yang digunakan untuk memuat naik komen jelik itu telah disita bagi membantu siasatan," kata kenyataan itu.


Sebelum itu, MCMC telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada kesemua suspek mengikut prosedur yang ditetapkan.


Kes tersebut, menurut kenyataan itu, disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Seksyen itu melarang pembuatan atau penghantaran komunikasi yang antara lain bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page