top of page

Kod tatalaku platform media sosial: Libat urus giat dilakukan Kementerian - Fahmi



Proses libat urus bagi mewujudkan kod tatalaku platform media sosial giat dilaksanakan menjelang kuat kuasa perlesenan platform tersebut pada 1 Januari 2025.


Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kod tatalaku itu amat perlu diwujudkan kerana penyedia platform pada waktu ini kurang bekerjasama membendung jenayah di media sosial.


"Mesyuarat terakhir sesi libat urus bersama platform pada 3 Sept lalu. Kita akan teruskan dalam konteks membina kod tatalaku platform media sosial menjelang 1 Jan 2025," katanya kepada pemberita usai merasmikan program vaksinasi percuma cacar air yang dianjurkan oleh Poliklinik An-Nur dengan kerjasama Angkatan Muda Harapan Wilayah Persekutuan, semalam.


Kod tatalaku, tambah Fahmi, amat penting kerana terdapat banyak aduan jenayah membabitkan pedofilia dan pengantunan seksual kanak kanak di Internet pada waktu ini.


Manakala tahap kerjasama yang ditunjukkan oleh platform untuk mencegahnya pula kurang memuaskan.


"Sebagai contoh ada yang mengadu dalam media sosial mereka memuat naik gambar anak anak mereka, maka video mereka diturunkan. Tetapi ada sesetengah akaun lain, meletakkan wajah kanak kanak boleh pula mencapai beratus ribu followers dan views (tidak diturunkan)


"Ini masalah yang kita percaya platform, saya harap mereka sedia membantu dan memberikan kerjasama," katanya.


Kod tatalaku berkenaan, kata Fahmi, apabila diwujudkan kelak akan melibatkan pelbagai jenayah dalam talian yang sebelum ini sukar dibendung.


Melalui kod itu, katanya, pengendali media sosial boleh diambil tindakan sekiranya terdapat salah laku.


"Kod tatalaku ini (mengawal) kepada semua konten. Ada tiga isu besar jenayah di media sosial. Ini dimaklumkan kepada saya oleh pihak PDRM, khususnya Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial


"Pertama masalah scam dalam talian. Kedua buli siber. Ketiga masalah jenayah pengantunan terhadap kanak kanak. Jadi ketiga tiga isu ini paling besar dan PDRM memberi maklum balas bahawa platform pada waktu ini tidak begitu pro aktif menangani jenayah itu.


"Jadi kita bina kod tatalaku supaya pihak platform faham jika mereka gagal patuh kepada undang undang negara kita maka ini (menjadi kesalahan dan) tindakan akan diambil," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page