top of page

Klip video hina Islam, Melayu: Sekretariat Gerak Gempur Medsos lapor polis



Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat hari ini membuat laporan polis mengenai satu klip video yang tular didakwa menghina agama Islam.


Ketua Kluster Politiknya Shahbudin Embun berkata, video berdurasi satu minit itu dimuat naik individu menggunakan akaun @TanChongRen di aplikasi TikTok.


"Pada 3 November, jam 4 petang, ketika saya melayari Internet di Hotel Lazdana, Jalan Putera Kuala Lumpur saya telah melihat satu video TikTok menerusi pemilik Tan Chong Ren yang memaparkan sebuah kenyataan umum berdurasi selama 1.04 minit .


"Lelaki tersebut membuat rujukan di YouTube berhubung kenyataan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan begitu marah, dengan dia mencabar Melayu dan Islam (dengan kata-kata lucah dan menghina).


"Selepas meneliti video itu, saya mendapati ia berunsur menghasut, mengandungi ugutan jenayah, menggunakan perkataan jelik, mengapi-apikan isu agama, kaum dan institusi raja (3R) serta kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," kata Shahbudin dalam satu kenyataan.


Terdahulu, beliau membuat satu laporan polis berkaitan perkara itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah hari.


Shahbudin berkata pihaknya berharap supaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menjalankan siasatan lanjut secara terperinci terhadap video berkenaan demi keselamatan dan kestabilan politik negara.


"Saya menyeru pihak berwajib menyiasat di bawah Akta Hasutan serta SOSMA dan pihak Suruhanjaya Komuninikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu menurunkan hantaran TikTok itu dan tindakan di bawah Akta MCMC wajib dikenakan.

Pengerusi Pertubuhan Media Digital Malaysia (MEMO) Mustapa Mansor Amer Mohd Isa

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Media Digital Malaysia (MEMO) Mustapa Mansor Amer Mohd Isa berkata, isu berkaitan Raja, Kaum dan Agama (3R) adalah perkara yang tidak boleh dipermainkan.


"Kamu nak protes raja ada caranya, sebab ada Majlis Raja-Raja, kamu nak protes agama ada badan berkaitan agama terutamanya di bawah raja-raja Melayu.


"Kamu ada perbezaan dari sudut bangsa, di Malaysia kita faham ada sedikit perbezaan kaum tetapi oleh kerana sudah ada undang berkaitan 3R, ini masanya masanya Kerajaan Madani pastikan tidak ada sesiapun sama ada Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan mesti hormat undang undang)," ujarnya.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page