top of page

Klinik guaman percuma Memasyarakatkan Perundangan di Kota Anggerik



Klinik guaman percuma di DUN Kota Anggerik yang dilancarkan hari ini bertemakan “Memasyarakatkan Perundangan di Kota Anggerik” diharap mampu membantu penduduk memerlukan.


Menurut Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi, program tersebut bertujuan untuk memastikan setiap individu tanpa mengira latar belakang atau status kewangan dapat mengakses nasihat dan bantuan guaman yang diperlukan.


"Klinik ini mempunyai beberapa objektif utama, pertamanya untuk memberikan akses kepada Bantuan Guaman dengan menyediakan nasihat dan bantuan guaman kepada mereka yang kurang berkemampuan.


"Keduanya, memberikan pendidikan perundangan iaitu dengan mendidik masyarakat tentang hak dan tanggungjawab mereka di bawah undang-undang.


"Terakhir, bagi menyelesaikan pertikaian secara aman iaitu dengan menggalakkan penyelesaian pertikaian secara rundingan dan mengurangkan bebanan mahkamah," katanya dalam kenyataan.


Menurut beliau, pelancaran Klinik Guaman Percuma itu adalah hasil kerjasama antara peguam-peguam, organisasi bukan kerajaan (NGO), dan pihak berkuasa tempatan.


Usaha itu, katanya, membuktikan komitmen pihak ADN dalam memperkasakan masyarakat melalui akses yang lebih baik kepada sistem perundangan.


"Saya berharap Klinik Guaman Percuma ini akan memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat Kota Anggerik.


"Semoga program ini dapat menyelesaikan isu-isu perundangan dengan lebih efisien dan menyumbang kepada kesejahteraan komuniti kita.


"Program ini akan membantu golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi mereka dari latarbelakang B40 bagi mendapat akses guaman dengan lebih mudah tanpa sebarang kerisauan," katanya lagi.


Najwan yang juga Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor berharap masyarakat di Kota Anggeroik akan sama sama menyokong dan memanfaatkan Klinik Guaman Percuma tersebut.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis MBSA (Zon 1) saudara Suryamuizzudin juga saudara Adib Burhan, peguam yang sudi bersama-sama menganjurkan program berkenaan.


Juga kepada Puan Nur Yusmi, Ahli Majlis MBSA (Zon 5) yang turut memberikan sokongan kepada program berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page