top of page

KL Strike Force ambil tindakan, kes persundalan berkurangan



Oleh: Akmal Manaf


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa tiada pengurangan melibatkan kes persundalan meskipun pasukan KL Strike Force telah ditubuhkan.


Beliau berkata berdasarkan data pada tahun lalu, ia menunjukkan hanya 159 serbuan dan 540 tangkapan berbanding suku ketiga tahun ini.


"Adalah tidak tepat untuk Yang Berhormat (YB) mengatakan tiada pengurangan kes-kes pensundalan di KL ini.


"Saya juga ingin kongsikan statisitik sejak penubuhan KL Strike Force ini. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguatkuasaan telah menyerbu sebanyak 209 buah premis yang menawarkan perkhidmatan persundalan.


"Statistik serbuan yang bermula dari tarikh 27 Mei 2024 sehingga 30 September 2024 menunjukkan seramai 781 orang telah ditangkap.


"Tangkapan itu terdiri daripada 149 warga tempatan diikuti 632 orang warganegara asing berusia dalam lingkungan 18 hingga 61 tahun," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) yang ingin tahu mengapa aktiviti persundalan, pergaduhan warga asing tanpa permit, dan kebanjiran penjaja warga asing di Kuala Lumpur masih tidak

berkurangan walaupun KL Strike Force telah diaktifkan.


Jelas Dr Zaliha lagi, tindakan pembanterasan giat dijalankan bagi menyekat aktiviti persundalan terutama di kawasan dikenal pasti berpotensi menawarkan aktiviti itu.


Dalam pada itu, beliau menegaskan tiada tindakan pilih kasih sama ada penawaran persundalan melibatkan golongan elit mahupun bawahan, tindakan sama tetap diambil.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page