top of page

KL-Beijing sepakat tingkat kerjasama banteras jenayah rentas sempadan



Malaysia dan China sepakat untuk meningkatkan kerjasama membanteras jenayah rentas sempadan dengan memeterai pelanjutan perjanjian mengenai perkara itu yang berkuat kuasa hingga 2034, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Beliau berkata perjanjian itu melibatkan kerjasama dalam 15 bidang seperti pencegahan aktiviti keganasan dan ekstremisme, perjudian haram, jenayah siber, penyeludupan manusia dan bahan terlarang serta jenayah ke atas alam sekitar.


"Malaysia dan China juga menyatakan persefahaman untuk mendalami secara saintifik cadangan Kerangka Keselamatan Nasional yang diunjurkan memberi kelebihan bukan hanya kepada kedua-dua negara malah turut akan memanfaatkan negara serantau dan global.


"Kesepakatan untuk bersegera memuktamadkan beberapa dokumen perjanjian dan kerjasama baharu antara kedua-dua negara seperti dalam perihal keimigresenan serta ekstradisi," katanya dalam kenyataan hari ini.


Kenyataan itu dikeluarkan selepas Saifuddin dan Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong mempengerusi bersama Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Malaysia-China Kali Kelima Mengenai Pembanterasan Jenayah Rentas Sempadan (JWG Ke-5) yang diadakan di Kementerian Keselamatan Awam, China semalam.


Beliau dalam rangka mengetuai delegasi Kementerian Dalam Negeri dalam lawatan kerja ke China bermula dari 5 hingga 10 Jun.


Saifuddin berkata kedua-dua negara turut menyatakan komitmen untuk menerokai dan menerajui kerjasama ASEAN + China + Gulf Cooperation Council (GCC) dalam bidang keselamatan, ekonomi dan sosial sesuai dengan tiga tonggak utama ASEAN;


Selain itu, kata beliau mesyuarat tersebut turut memperakui kerjasama erat sedia ada antara agensi penguatkuasaan kedua-dua negara dan berikrar untuk meningkatkannya ke tahap yang lebih intensif selaras dengan status hubungan komprehensif dan strategik Malaysia-China.


"Hal ini termasuklah perkongsian maklumat, pembangunan kapasiti dan pertukaran penempatan pegawai. Pada akhir Mesyuarat JWG Ke-5, kedua-dua menteri mengulangi komitmen untuk meningkatkan hubungan akrab kedua-dua negara dalam konteks keselamatan dan ketenteraman awam di kedua-dua negara, serantau dan global," ujarnya.


Terdahulu Saifuddin berkata mesyuarat tahunan itu merupakan manifestasi hubungan akrab Malaysia dengan China dalam konteks keselamatan dan ketenteraman awam.


JWG Ke-5 merupakan mekanisme perbincangan di bawah payungan Perjanjian Bagi Kerjasama Membanteras Jenayah Rentas Sempadan Antara Malaysia Dengan China yang ditandatangani pada 2012.


"Keakraban hubungan kedua-dua negara mengaspirasikan hasil mesyuarat yang monumental ke arah memastikan keselamatan dan ketenteraman awam antara kedua-dua negara yang lebih terjamin serta mampu memberikan limpahan kesan positif di peringkat serantau dan dunia," kata kenyataan itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page