top of page

KKM tingkat pemantauan cacar monyet, nasihat pemantauan kendiri 21 hari



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi jangkitan cacar monyet atau mpox dengan mengeluarkan nasihat kepada orang awam mengenai pencegahan termasuk keperluan melakukan pemantauan kendiri selama 21 hari dari tarikh disyaki terdedah kepada kes itu.


Kementerian dalam kenyataan pada Khamis berkata individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mengalami gejala seperti ruam dan lepuh pada kulit dinasihat mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan tanpa bertangguh.


"Pantau status kesihatan kendiri setiap hari untuk tanda dan gejala mpox bagi tempog selama 21 hari dari tarikh disyaki telah terdedah kepada kes mpox.

"Elakkan bersentuhan secara langsung dengan individu yang dijangkiti dan segera cuci tangan sekiranya tersentuh objek yang tercemar," katanya dalam hantaran dalam bentuk infografik di Facebook pada Khamis.


Pada Ahad lalu KKM memaklumkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa kali kedua pada 14 Ogos lepas.


Kementerian telah meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa di mana semua pengembara yang tiba dari negara-negara yang melaporkan mpox perlu memantau status kesihatan kendiri setiap hari selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.


Kenyataan itu menyebut jangkitan mpox berpunca daripada virus monkeypox yang boleh merebak dan menjangkiti orang lain melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan.


"Ia juga boleh merebak melalui kontak secara langsung dengan peralatan yang telah dicemari cecair lepuh daripada individu yang dijangkiti mpox," kata KKM.

0 comments

Komentáře


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page