top of page

KKM terima peruntukan RM45.3 bilion baiki prasarana asas hospital

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 18, 2024
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima peruntukan sebanyak RM45.3 bilion dalam Belanjawan 2025.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan peruntukan itu adalah yang kedua tertinggi.


Katanya, beliau telah mengarahkan supaya KKM, Kementerian Pendidikan dan kementerian yang berkaitan agar memberi tumpuan yang lebih kepada prasarana asas.


Menurut beliau lagi, kemudahan-kemudahan hospital seperti di lobi dan di tandas lobi hospital banyak yang daif.


"Gunakan peruntukan ini dan pastikan diperbaiki. Jangan sebut kata tak cukup peruntukan.


"Peruntukan bagi kementerian-kementerian ini dinaikkan, (kita)jimatkan dalam bidang lain dan pastikan kemudahan untuk masyarakat terutamanya kepada pesakit-pesakit.


"Ini arahan bagi semua jabatan dan kementerian," katanya ketika perbentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.


Untuk rekod, Kementerian Pendidikan (KPM) menerima peruntukan sebanyak RM64.1 bilion tahun depan, yang merupakan tertinggi dalam sejarah.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page