top of page

KKM tangani isu beban petugas kesihatan, semak amalan sedia ada



Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyemak semula beberapa amalan sedia bagi menangani bebanan kerja dan kelesuan melampau dalam kalangan petugas kesihatan.


Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya juga bersetuju dengan seruan agar satu anjakan budaya dapat dilaksana supaya kesihatan dan kesejahteraan petugas kesihatan dapat terus diiktiraf.


Anjakan itu termasuk mewujudkan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan serta struktur upah yang lebih saksama.


"Walaupun pengumuman kenaikan gaji untuk penjawat awam baru-baru ini adalah langkah permulaan yang baik, inisiatif di KKM turut meliputi insentif bukan kewangan," jelasnya dalam kenyataan.


Menurut Dr Dzulkefly lagi, KKM juga akan mengambil langkah lain untuk menangani cabaran sedia ada antaranya dengan mengoptimumkan taburan pesakit dengan adanya hospital kluster, mengadakan kerjasama awam-swasta bagi aktiviti penyumberluaran dan mengerah kakitangan ke jabatan yang lebih memerlukan.


Tempoh operasi klinik kesihatan pula dipanjangkan untuk mengurangkan bebanan di hospital selain mengenal pasti kesenjangan tenaga kerja melalui tinjauan bekalan dan permintaan yang sedang dibuat dengan kerjasama Bank Dunia.


"Pembinaan sebuah sistem kesihatan yang berdaya tahan dan mampan memerlukan sebuah strategi pembiayaan yang komprehensif dan jangka panjang.


"Namun begitu, sekali pun kita berhasrat untuk meningkatkan sumber manusia kita, sumber kesihatan Malaysia terhad," jelasnya sebagai mengulas laporan sebuah portal kesihatan pada 3 Jun lepas berhubung situasi pegawai perubatan di hospital kerajaan perlu berdepan dengan jadual kerja tidak menentu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page