top of page

KKM sedang berusaha serap kakitangan kontrak ke jawatan tetap



Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menangani isu petugas perubatan berstatus kontrak.


Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan pihaknya bercadang menyerapkan petugas kontrak berkenaan ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa pencen.


Melalui langkah itu jelasnya, ia bukan sahaja mampu menangani bebanan tugas yang melebihi kapasiti sumber sedia ada. Malah mengurangkan beban skim berpencen ditanggung negara ketika ini.


"Beban kerajaan berdepan dengan skim berpencen iaitu pada 2011 nilainya adalah sebanyak RM3.1 bilion dan kemudiannya meningkat kepada RM29.1 bilion pada 2021, ini merupakan beban yang sangat tinggi dan mungkin akan terus meningkat.


"Jadi kita memikirkan jalan keluarnya adalah dengan mengusulkan untuk mengambil pekerja kontrak secara tetap tetapi tanpa pencen," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara semalam.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Jefridin Atan yang ingin tahu sama ada KKM mempertimbangkan untuk menambah jawatan doktor kontrak bagi mengatasi masalah bebanan kerja petugas kesihatan.


Sementara itu jelas Dr Zaliha, kakitangan diserap ke dalam sistem perjawatan itu masih akan menikmati manfaat sama seperti pekerja tetap yang lain antaranya boleh membuat pinjaman perumahan.


Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri di Dewan Negara pada Rabu memberi jaminan masalah masalah doktor kontrak di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) yang sudah berlarutan sekian lama akan dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa tahun ini.


Kerajaan tegasnya tidak mampu menyelesaikan kesemua 4,000 lantikan tetap yang dituntut, sebaliknya masalah itu lebih rasional jika diselesaikan secara berperingkat sesuai dengan kemampuan kewangan negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page