top of page

KKM sasar prevalens pertumbuhan terbantut menjelang 2023



Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran bagi menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.


Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, usaha itu susulan berlaku peningkatan kadar kanak-kanak di negara ini mengalami pertumbuhan terbantut berpandukan dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada 2022.


Hasil dapatan itu jelasnya menunjukkan 21.2 peratus kanak-kanak mengalami isu tersebut berbanding 16.6 peratus pada tahun 2011.


"Ia adalah peningkatan ketara berbanding, dan kita mengalami terus peningkatan fenomena tumbesaran yang terganggu ini.


"Oleh itu, yang kita tekankan sasaran prevalens bantut untuk kanak-kanak bawah lima tahun menjelang 2030, KPI (petunjuk prestasi utama) kita, peratusan bantut dikurangkan kepada 14.2 peratus," katanya dipetik.


Dr Dzulkefly berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Kajian The First 1,000 Days Of Life: Langkawi Longitudinal Study (LLS) dan Pendigitalan Menggunakan Cloud-Based Clinic Management System (CCMS) di Langkawi.


Kajian LLS yang akan dilaksanakan itu antara inisiatif KKM memahami segala korelasi dan perkaitan yang menyebabkan bantut dalam kalangan kanak-kanak di negara ini.


"Hasil kajian ini akan membantu kerajaan membuat intervensi terbaik. Jadi bukan sahaja kajian, tetapi bagaimana untuk menggunakannya bagi mengatasi isu-isu yang terkait dengan bantut," katanya.


Fenomena bantut bukan sahaja membawa kesan kepada tumbesaran kanak-kanak secara fizikal, tetapi juga risiko untuk terdedah kepada penyakit tidak berjangkit (NCD) termasuk diabetes dan obesiti.


Selain itu, beliau berkata bantut juga boleh memberi kesan kepada ketumbesaran kognitif iaitu keupayaan kecerdasan dan kepintaran kanak-kanak.


"Kita telah mengambil tindakan mengenai perkara ini di bawah Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia 2023-2030, merentasi pelbagai kementerian," jelas Dr Dzulkefly.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page