top of page

KKM rangka pelan strategik kurangkan pengambilan gula



Satu Pelan Strategik Mengurangkan Gula dalam Kalangan Rakyat Malaysia (2023-2025) telah dirangka Kementerian Kesihatan (KKM).


Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pelan tindakan multi-sektoral itu telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan Keenam Belas (MKMPK-16) yang diadakan di Ibu Pejabat KKM pada Selasa.


"Dalam mesyuarat ini, satu usul telah dibentangkan bagi melaksanakan Pensijilan Makanan Selamat KKM sebagai syarat perkhidmatan pembekalan makanan semasa mesyuarat dan majlis rasmi di semua fasiliti kementerian di Putrajaya.


"Ini akan dijadikan platform yang tepat bagi menangani isu-isu terkini keselamatan makanan dan pemakanan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan bagi kesejahteraan rakyat Malaysia Madani," katanya dalam satu kenyataan.


Mesyuarat itu turut dihadiri 18 wakil kementerian atau agensi dan empat wakil pertubuhan bukan kerajaan iaitu Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO).


Beliau berkata mesyuarat itu turut dimaklumkan mengenai Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan, sistem pemantauan secara dalam talian bagi Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (MS-NPANM), pelaksanaan perjanjian peringkat ASEAN berkaitan pemeriksaan dan pensijilan bagi produk makanan.


Turut dibincangkan pewartaan akuan nutrien baharu bagi asid lemak trans dan akuan fungsi baharu bagi antioksidan daripada minyak sawit serta komitmen industri dalam penghasilan produk makanan dengan pilihan lebih sihat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page