top of page

KKM pertimbang wujudkan Dana Kesihatan Negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 17, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sedang mempertimbangkan penubuhan Dana Kesihatan Negara bagi memastikan pengagihan dana kesihatan yang telus di negara ini.


"Kementerian Kesihatan (KKM) percaya dengan pengagihan dana kesihatan yang telus dapat meningkatkan keyakinan dan sokongan untuk menambah pembiayaan kesihatan.


"Sebagai langkah ke arah itu, penubuhan satu Dana Kesihatan Negara sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.


"Ia termasuk daripada hasil cukai, bukan cukai dan juga dana yang dikhaskan daripada pelbagai kegiatan penguatkuasaan KKM seperti cukai minuman bergula (SSB)," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai rancangan kementerian mewujudkan Dana Kesihatan Negara bagi memberi perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.


Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, KKM juga sedar tentang kekangan makroekonomi semasa, pentadbiran dan politik negara akan mempengaruhi transformasi kesihatan.


Justeru, katanya, KKM sedang meneliti dan memperincikan hala tuju reformasi Sistem Pembiayaan Kesihatan yang akan diumumkan dalam masa terdekat.


"Hala tuju ini akan mengambil kira cabaran dan realiti yang dihadapi, serta memanfaatkan amalan dan pengalaman terbaik kesihatan global," katanya.


Bagi menjawab soalan tambahan Pulai mengenai ancaman Antimicrobial Resistance (AMR), Dr Dzulkefly berkata, penubuhan dana kesihatan negara membantu bagi menghadapi sebarang ancaman pada masa hadapan.


Jelasnya, ancaman AMR dijangka memberi cabaran dalam kesihatan negara termasuk antibiotik yang dulu berkesan tidak lagi memberi infeksi.


"Bayangkan antibiotik hari ini digunakan secara berkesan, tiba-tiba ia tidak berkesan… terkait dengan kesihatan kewangan, ia mustahak untuk kesiapsiagaan kewangan bagi mana-mana negara.


"Perlu dibuat persiapan supaya dalam hal liputan kesihatan sejagat ini, mantera digunakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah untuk tidak meninggalkan sesiapapun dalam apa jua bencana kesihatan termasuk pandemik, AMR dan sebagainya," ujarnya lagi.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page