top of page

KKM perketat aktiviti pemantauan jualan makanan sepanjang Ramadan



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperketat pemantauan keselamatan makanan sepanjang bulan Ramadan.


Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, kementerian itu menegaskan langkah tersebut bertujuan memastikan kepatuhan terhadap Akta Makanan 1983 dan peraturan berkaitan.


Aktiviti pemantauan telah dimulakan sebelum Ramadan dengan merangkumi pemeriksaan terhadap sumber bahan mentah, tempat penyediaan makanan, serta peniaga yang dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengelakkan risiko pencemaran makanan yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.


"Selain itu, penguatkuasaan turut diperluaskan ke hotel yang menawarkan buffet Ramadan, premis pembekal bahan mentah, dan pengeluar ais bagi memastikan semua pihak terlibat dalam penyediaan makanan mematuhi standard kebersihan dan keselamatan makanan," kata kenyataan itu.


Sementara itu KKM mengingatkan para peniaga supaya memastikan keselamatan makanan dengan tidak menyediakan makanan terlalu awal, menggunakan bekas makanan yang bersih dan bertutup, serta memakai pakaian perlindungan seperti apron dan penutup kepala ketika mengendalikan makanan.


KKM turut menegaskan larangan penggunaan peralatan yang tidak sesuai untuk penyimpanan makanan, seperti akuarium sebagai bekas air balang atau tong sampah hitam untuk menyimpan bahan mentah.


Dalam pada itu pengguna juga dinasihatkan berhati-hati dalam memilih makanan yang dibeli terutama di bazar Ramadan.


Pengguna disaran mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti memeriksa makanan sebelum dimakan, memastikan makanan lebihan disimpan dengan betul, dan memanaskan makanan dengan sempurna sebelum dimakan semula.


"KKM akan terus menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan berterusan sepanjang Ramadan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin. Orang ramai yang mempunyai aduan berkaitan isu keselamatan makanan boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang terdekat," kata kenyataan itu lagi.


Aduan boleh disalurkan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://moh.spab.gov.my dan laman rasmi Facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) di https://www.facebook.com/bkkmofficial.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page