top of page

KKM giat adakan perbincangan untuk pelaksanaan sistem DRG



Perbincangan mengenai pelaksanaan kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) sedang giat dijalankan bagi meningkatkan ketelusan caj rawatan pesakit, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


Kementerian Kesihatan (KKM) sedang giat mengadakan perbincangan mengenai pelaksanaan kumpulan berkaitan diagnosis (DRG).


Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pelaksanaan DRG itu akan membantu mengatasi isu kos perubatan yang menjadi antara punca kenaikan premium insurans perubatan selain memastikan ketelusan caj rawatan pesakit.


"Dengan sistem DRG, kita akan dapat mengamalkan satu pendekatan yang memastikan bayaran di hospital swasta menjadi lebih terkawal, dan dengan itu, kita dapat mengelakkan inflasi yang melampau dalam kos rawatan," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Selasa.


Media sebelum ini melaporkan KKM sedang sedang mengkaji pembangunan sistem DRG kebangsaan dalam perawatan hospital seluruh negara.


Kementerian itu melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat bulan lalu menegaskan hal itu membolehkan hospital universiti, hospital tentera dan swasta mengadaptasi penggunaan sistem tersebut dalam menentukan kos (rawatan pesakit) supaya tidak berlebihan.


Sementara itu Dr Dzulkefly menegaskan kaedah DRG sudah banyak dilaksana di negara-negara maju sebagai cara untuk melakukan kawalan harga dalam setiap prosedur.


"Dengan ini tiada siapapun yang akan boleh mengenakan bayaran yang dianggap sebagai sesuatu yang terlalu mahal," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page