top of page

KKM dalam proses selesai aduan warga kesihatan



Beberapa perkara yang dibangkitkan warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sesi dialog di Kuala Terengganu baru-baru ini sedang dalam tindakan Kementerian Kesihatan (KKM).


Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata antara isu dibangkitkan adalah elaun perpindahan Pegawai Perubatan ke Sabah dan Sarawak.


Isu tersebut sekarang jelasnya sedang bincangkan dengan Bahagian Sumber Manusia (BSM) KKM bersama Kementerian Kewangan untuk pertimbangan berdasarkan peraturan perbendaharaan.


"Selain itu, isu penurunan gred bagi pegawai farmasi dan pergigian yang dilantik ke skim tetap akan turut dibawa ke perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


"Tempoh kontrak maksimum lima tahun bagi pegawai farmasi turut mendapat perhatian saya. Saya akan minta Bahagian Sumber Manusia untuk menilai semula bagi memastikan laluan kerjaya profesion ini lebih terjamin," katanya dalam hantaran di Facebook .


Tambah Dr Zaliha cadangan untuk pendigitalan sistem kesihatan juga akan menjadi keutamaan untuk dimantapkan dan diperluaskan ke fasiliti-fasiliti KKM di seluruh negara selain ingin melihat Rekod Perubatan Elektronik (EMR) dilaksanakan dalam kadar segera.


"InshaAllah, saya bertekad untuk mewujudkan ekosistem kerja yang lebih inklusif sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page