top of page

KKM beri tumpuan tangani isu penugasan kakitangan kesihatan



Kementerian Kesihatan (KKM) bakal memberi fokus untuk menangani isu kekurangan dan ketidakseimbangan pengagihan petugas tahun ini.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendekatan menyeluruh akan dilaksana bagi memastikan penggunaan sumber manusia yang berkesan.


"Saya tahu rakyat tertumpu kepada kami untuk menyelesaikan masalah ini dan kami akan lakukan yang terbaik insya-ALLAH. Kita ada pasukan yang sedang berusaha untuk menyelesaikannya," katanya dipetik selepas menyampaikan amanat tahun baharu kepada warga kerja KKM pada Jumaat.


Usaha itu jelasnya akan dijalankan dengan kerjasama pihak lain seperti Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam.


Terdahulu dalam ucapannya, Dr Dzulkefly memaklumkan kementerian itu akan menumpukan kepada pelaksanaan beberapa pelan tindakan khususnya mempromosikan keperluan pencegahan penyakit kepada orang ramai.

Selain itu, KKM juga menyasarkan untuk mengubah pembiayaan penjagaan kesihatan di negara ini dan menangani inflasi perubatan yang tinggi dengan memperkenalkan kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) dan CRG (kumpulan risiko klinikal).


"Jawatankuasa Mekanisme Pembayaran Kesihatan Kebangsaan berdasarkan DRG telah ditubuhkan sejak Julai 2024, antara lain untuk menetapkan hala tuju strategik bagi mekanisme pembayaran kesihatan negara.


"Ahli jawatankuasa ini termasuk wakil daripada enam kementerian, badan berkanun seperti Bank Negara Malaysia, penyedia insurans, Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Hospital Swasta Malaysia, hospital universiti awam, hospital tentera dan lain-lain," katanya.


Melalui ucapan itu Dr Dzlukefly turut menyeru agar warga kerja KKM menetapkan hala tuju inisiatif penjagaan kesihatan pada tahun ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page