top of page

KKM bakal umum pelan reformasi penjagaan kesihatan



Pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan yang bertujuan memperkukuh dan menambah baik sistem penjagaan kesihatan bakal diumumkan dalam masa terdekat.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, agenda reformasi itu antara lain menumpukan cara kreatif dan inovatif bagi kementerian itu membelanjakan bajet tahunan yang diumumkan kerajaan.


Ia juga bagi memastikan sistem penjagaan kesihatan tidak tergugat dengan status fiskal ditanggung negara.


"Kita pada asasnya berasaskan sistem cukai dan (kementerian) menerima RM41.2 bilion (belanjawan) untuk tahun ini dan RM6.07 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.


"Sebenarnya selama ini kita kekurangan dana, kekurangan petugas dan mempunyai beban kerja yang banyak," katanya dipetik ketika berucap di majlis pecah tanah bangunan tambahan Hospital Pakar Avisena di Shah Alam pada Isnin.


Tambahnya, sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana atas, Malaysia sepatutnya membelanjakan enam hingga tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk penjagaan kesihatan.


Bagaimanapun Malaysia ketika ini hanya membelanjakan 5.1% KDNK bagi tujuan itu.


Dalam pada itu, Dr Dzulkefly menyatakan komitmen kementeriannya untuk terus berusaha mengoptimumkan penggunaan katil menerusi penawaran rawatan harian di hospital-hospital utama.


Selain itu turut diusahakan dalam pendigitalan Unit Pengurusan Katil (BMU) secara berpusat melalui sistem Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) hospital.


"Ini selaras dengan sasaran ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 untuk meningkatkan nisbah dua katil untuk setiap 1,000 penduduk kepada 2.06," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page