KKM aktifkan 8 pasukan perubatan susulan insiden kebocoran gas
- Suara Keadilan
- 4 days ago
- 1 min read

Kementerian Kesihatan (KKM) terus bersiap-siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan susulan kebakaran paip gas di Putra Height.
Sehubungan itu menurut KKM, lapan pasukan perubatan meliputi pelbagai hospital di sekitar Lembah Klang telah diaktifkan bagi memberi rawatan kepada mangsa terbabit.
"Dua daripada pasukan berkenaan diketuai Pakar Perubatan Kecemasan yang terdiri daripada lima kakitangan dari pelbagai hospital.
"Keadaan di sebahagian besar hospital kerajaan di Lembah Klang yang terlibat masih lagi dalam keadaan terkawal dan mampu menampung kemasukan kes sama ada pesakit yang datang menaiki ambulans atau secara ‘walk in’," menurut kenyataan tersebut.
KKM turut memaklumkan secara keseluruhan 70 mangsa dirawat di hospital awam dan 30 lagi menerima rawatan di hospital swasta berhampiran.
"KKM mendoakan mereka yang terlibat mahupun terkesan diberi ketabahan dan kekuatan dalam mendepani situasi getir ini.
"KKM turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak khususnya pasukan penyelamat dan kecemasan yang memberikan bantuan dan bertungkus lumus dalam menangani insiden ini," kata kenyataan itu lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut menyeru orang awam yang berada di sekitar kawasan insiden kebakaran saluran gas dengan mempunyai simptom seperti sesak nafas, lecur di kulit dan serak suara digalakkan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan.
Individu yang mempunyai mana-mana simptom lain yang mungkin sukar dikenal pasti juga digalakkan segera berbuat demikian.
Comments