top of page

Kita telah merdeka dari penjajah, adakah kita merdeka dari penjarah?



Negara telah merdeka lebih 60 tahun namun apakah rakyat benar benar telah merdeka.


Hal itu ditimbulkan oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Adam Adli Abdul Halim malam tadi di ceramah "Pentas Angkatan Muda" di Taman Medan, Petaling Jaya.


Beliau juga dalam pada itu mengimbau sejarah bahawa anak mudalah yang mula mula melaungkan kalimah Merdeka di Tanah Melayu, bukannya parti Ketuanan Melayu Umno sebagaimana dikisahkan dalam buku sejarah.


"Saya nak ulas peranan orang muda. Dalam sejarah kemerdekaan negara jangan lupa 2 anak muda yang mulakan laungan Merdeka di negara ini. Satu umur 27 dan satu umur 29 tahun pada tahun 1938, bermula di Tanjung Malim. Ini anak muda yang tubuhkan Kesatuan Melalu Muda (KMM). Umno waktu itu pun belum tertubuh.


"Umno belum tubuh ada anak muda kaum pelajar bangun laungkan kemerdekaan. Sekarang ramai orang tengok cerita sejarah, tengok filem Mat Kilau. Kita kena ingat, inilah anak muda KMM yang pertama bangkit. Tanpa Ibrahim Yaakob dan Ishak Hj Muhamad kita hari ini masih anak jajahan.


"Hari ini kita merdeka dari penjajah tetapi adakah kita merdeka daripada penjarah?


"Adakah kita merdeka dari perompak? Merdeka dari penyangak? Ini perjuangan kita hari ini. Ini perjuangan anak muda hari ini," katanya di hadapan lebih 1,000 hadirin.


Adam turut menyentuh kempen daripada Pemuda Umno setempat yang sibuk memburuk burukkan program malam itu di media sosial, meminta penduduk jangan keluar mendengar ceramah kerana semua yang diucapkan adalah 'kencing' belaka.


Tegas Adam, beliau belajar politik bukan daripada universiti tetapi dari jalan raya, dan formula himpunan jalanan ialah lebih kuat halangan daripada pihak memegang kuasa maka pembangkang sah berada di landasan yang betul dalam isu mahu pun gerak kerja.


"Dalam politik mudah sahaja, kalau musuh kita tak suka apa yang kita buat maknanya kita sedang buat benda yang betul. Malam ini, lepas pemuda Umno bising pasal buat ceramah lebih ramai yang datang.


"Apa yang kita perjuangkan ini bukanlah mahukan jawatan, nak angkat kepimpinan kita. Yang kita nak angkat adalah rakyat.


"Anak muda hilang kerja sampai hari ini tak keluar dari kepayahan. Oleh itu, kita kena ada kerajaan yang tahu, sedar, dengar dan mahu lakukan perubahan.


"Ini pimpinan yang kita nak tawarkan hari ini dari PH dengan calon Perdana Menterinya Anwar Ibrahim.


"Kita tahu cabaran di hadapan besar. Kita tahu bukan mudah. Orang boleh ulang 22 bulan (kerajaan PH), dia lupa sekali kita tawan Selangor, kita tak lepas 14 tahun. Jadi kekalkan penguasaan ini dan pastikan ke hadapan kita tunjuk sekali lagi kepada BN, inilah PH (berjaya ambil kembali Putrajaya)," katanya lagi.


0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page