Rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah mendapat Perdana Menteri (PM) seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukan sahaja berkarismatik dan dikenali di peringkat antarabangsa tetapi juga amat rajin bekerja.
Hal itu diutarakan oleh Ketua Cabang KEADILAN Tanjung Karang, Yahya Sahri dalam ucapan di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) beliau.
Katanya, penantian anggota KEADILAN sejak lebih dua dekat lalu memperjuangkan Anwar sebagai PM tidak sia sia hari ini selepas tokoh besar itu benar benar menunjukkan kebolehannya mentadbir.
"Kita impikan Datuk Seri Anwar untuk menjadi PM dua puluh tahun lebih dan hari ini kita ada seorang PM yang bekerja cukup keras.
"Tiap tiap bulan dia berada di luar negara untuk memastikan negara kita dikunjungi pelabur luar
"Kalau sebelum ini untuk dapat seorang PM berkunjung ke Rusia sangat sukar. Ke Pakistan sebuah negara yang begitu kritikal sekali (keadaan politiknya) juga singgah di Bangladesh. Kemudian balik (Malaysia) pergi ke Laos," katanya yang juga Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri.
Yahya sejak dua dekad lalu merupakan penyokong setia perjuangan reformasi dan antara individu pengasas KEADILAN Selangor pada 1999.
Dalam MATC kali ini, Yahya mengumumkan Cabang Tanjung Karang menyampaikan anugerah kepada lima tokoh reformasi tempatan yang berjuang sejak 25 tahun lalu tanpa mengenal penat dan jemu untuk memastikan Anwar diangkat sebagai PM.
Beliau juga mengumumkan penyampaian sijil kepada ranting baharu yang ditubuhkan dan diharap dapat menguatkan lagi kedudukan KEADILAN dalam misi menawan parlimen Tanjung Karang pada pilihan raya umum ke 16.
Comments