Exco Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian berkata, terdapat banyak faktor yang boleh mencemarkan sungai. Antara faktor utama adalah perlepasan sisa buangan berjadual atau pun kimia oleh kilang-kilang.
Menurutnya banyak orang tidak faham dan menyalahkan kilang haram serta penempatan industri yang berhampiran sungai.
Kedua-dua itu tidak tepat. Daripada 9 kes yang berlaku melibatkan kilang hanya 1 dibuktikan dari kilang haram sementara 8 lagi merupakan kilang berlesen.
Begitu juga punca pencemaran juga tidak semestinya kilang yang berhampiran sungai. Pernah punca pencemaran dari kilang yang terletak 25km malah 50km dari sungai utama. Kilang melepaskan affluent (sisa) ke longkang dan longkang ke sungai kecil seterusnya sungai utama.
Begitu juga tanggapan hanya kilang yang menyebabkan pencemaran juga tidak betul. Pencemaran juga berlaku dari bengkel, rumah malah loji kumbahan.
Berlaku 2 kes bengkel mencuci kenderaan berat menggunakan kimia bagi membersih mesin, atau bahan buangan minyak dan sebagainya.
Kalau bengkel tidak buat rawatan untuk affluent itu ia akan terus mengalir ke longkang dan ke sungai. Lama kelamaan, mungkin dalam dua atau tiga bulan baharu dikesan pencemaran berbau.
Pencemaran di IWK pula 4 kes. Berpunca daripada perlepasan affluent dari IWK. Perlepasan dari loji ini peru mematuhi standard kualiti Jabatan Alam Sekitar kerana IWK akan menerima apa sahaja bahan buangan dari tandas masuk ke loji rawatan kumbahan.
Pencemaran juga kadang kala berlaku di Negeri Sembilan, dari sungai Batang Benar dan Sungai Pajam, masuk ke Sungai Semenyih dan Sungai Langat.
Comments