top of page

Khilaf dalam politik tidak perlu ke tahap melabel 'dajal'



Oleh: Abdullah Zaid


Perbezaan pendapat dalam urusan politik perlu dirai dengan penuh hikmah dan bukannya hentam-menghentam antara satu pihak kepada pihak lain yang akhirnya merugikan umat Islam.


Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Terengganu, Ustaz Zuliadin Abdullah berkata, khilaf perbezaan ideologi bukanlah sesuatu yang baru dalam politik Islam.


Jelasnya, cemuhan dan makian hingga mengelar pihak politik yang berbeza pandangan sebagai ‘lebih dajal daripada dajal’ tidak sewajarnya berlaku kerana dibimbangi akan melemahkan umat Islam.


"Terdapat berbagai-bagi madrasah atau jemaah yang memiliki manhaj tersendiri berkhidmat untuk memperjuangkan Islam.


"Orang tabligh pergi dakwah ke luar negeri manakala orang gerakan ABIM pula masuk ke universiti-universiti perkasakan Islam sehingga dibuat Bank Islam bagi mengelakkan masalah riba.


"Perbezaan ini yang sepatutnya diraikan bukannya menyalahkan dan berbalah orang lain sehingga melemahkan umat Islam," kata beliau dalam kuliah agama menerusi petikan video di Facebooknya.


Beliau berkata demikian mengupas karya ulama tersohor dunia Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, Fiqh al-Ikhtilaf yang menyentuh garis panduan mengurus perbezaan pendapat antara gerakan Islam.


Jelasnya membetulkan kekhilafan dalam pentadbiran tidak salah, cuma yang sering menjadi masalah ialah sikap sesetengah pihak yang dilihat berlebihan sehingga membuat kenyataan yang mencetuskan perbalahan sesama umat Islam.


"Sepatutnya, menjadi seorang ulama (politik) perlu ada pendekatan ukhwah, berhikmah serta berkasih sayang dan bukan sebaliknya.


"Bukannya tembak orang lain tak betul, mengelar sebagai dajal, perkara ini tidak betul.


"Sebab itu saya baca buku Fiqh Al-Ikhtilaf memahami dengan mendalam apa itu perbezaan pendapat," ujarnya lagi.


Baru-baru ini Presiden Pas, Hj Hadi Awang melalui tulisannya dalam Minda Presiden Pas bertajuk "Politik Bohong dan Kebendaan Tetap Menjadi Pilihan UMNO-PH" didakwa menggelar seteru politiknya ‘lebih dajal daripada dajal’.


Hal itu susulan kemenangan Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri yang disifatkan Hj Hadi sebagai politik dajal ekoran wujud unsur rasuah dalam PRK berkenaan.


Dakwaan pemimpin Pas itu sekali gus menimbulkan reaksi pelbagai pihak yang menggesa Hj Hadi dikenakan tindakan undang-undang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page