top of page

Khabar angin Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah dibatalkan, palsu



Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah yang julung kali dianjurkan pada esok, 4 Ogos 2024 akan diteruskan sebagaimana dirancang.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Razeef Rakimin, tiada sebarang kenyataan penangguhan atau pembatalan acara dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah.


Katanya, khabar angin yang tersebar di media sosial, khususnya aplikasi WhatsApp kononnya himpunan itu telah ditangguhkan adalah sama sekali palsu.


"Timbul beberapa provokasi dari beberapa pihak yang mendakwa program tersebut ditunda atau dibatalkan.


"Tindakan tidak bertanggungjawab itu disebarkan melalui aplikasi WhatsApp ke beberapa kumpulan, memaklumkan program ini telah ditunda. Ada juga memaklumkan program dibatalkan terus.


"Di sini kami ingin memaklumkan bahawa Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah tetap berlangsung seperti yang dijadualkan dan tidak ada pemakluman bahawa program tersebut ditunda atau dibatalkan," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Razeef, himpunan akan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu bermula pada jam 8 pagi dan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Pengerusi dan Presiden parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan serta pimpinan KEADILAN Pusat.


"Kami juga ingin menjemput anggota dan penyokong Parti Keadilan Rakyat serta Kerajaan Perpaduan untuk bersama-sama hadir menyaksikan pidato dari pimpinan negeri dan pusat serta amanat dari Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri Malaysia," katanya lagi.


Semalam, Pengerusi MPN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata acara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu itu akan membariskan pidato pimpinan pusat, antaranya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah.


Sementara Presiden KEADILAN akan menyampaikan pidato beliau pada pukul 12 tengah hari dan akan berada di majlis itu hingga 2 petang.


Katanya, acara majlis berkenaan akan dihiasi dengan peluncuran Deklarasi Kinabalu yang mengariskan tujuh perkara menyentuh kepentingan Sabah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page