top of page

'Keupayaan syarikat SG4 diragui, wujud perpecahan dalaman PN' - Zamri



Oleh: Abdullah Zaid


Keupayaan empat negeri pembangkang untuk melaksanakan perkongsian hasil dan kekayaan negeri menerusi penubuhan entiti korporat SG4 Group Sdn Bhd adalah sesuatu yang meragukan.


Menurut Timbalan Pengerusi KEADILAN Kedah, Datuk Zamri Yusof, langkah itu agak samar berikutan sebarang keputusan dasar dan persetujuan dalam entiti berkenaan perlu melalui kesepakatan keempat-empat Menteri Besar.


Katanya, idea penubuhan itu pula lebih bermotifkan politik ekoran lantikan bekas Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Ketua Panel Penasihat SG4.


Pelantikan Tun Mahathir, jelasnya, dilihat janggal memandangkan bekas Perdana Menteri dua kali itu (1981 - 2003 dan 2018 - 2020) terbukti gagal merapatkan jurang ekonomi antara negeri-negeri tersebut sepanjang tempoh pentadbirannya.


"Tiada orang boleh percaya syarikat SG4 akan berjaya, kerana empat Menteri Besar mempunyai sekurang kurangnya tiga karakter yang berbeza, belum lagi dicampur dengan karakter Tun Mahathir.


"Malah ketika Tun Mahathir di puncak kuasa selama 22 tahun pun dia tak melaksanakan kesaksamaan. Bagaimana dalam keadaan tiada apa-apa (jawatan kerajaan, beliau) hendak mewujudkan kesaksamaan," katanya ketika dihubungi.


Terdahulu, syarikat SG4 Group Sdn Bhd pada 2 September lalu diumum bakal berperanan menyalurkan sebanyak 25% ekuiti kepada setiap empat negeri pembangkang iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.


Hasil kekayaan empat negeri pembangkang itu akan diagihkan sama rata bagi tujuan pembangunan di negeri negeri berkenaan.


Bagaimanapun, kata Zamri, langkah merealisasikan entiti itu dilihat goyah apabila wujud gelora dalam blok Perikatan Nasional (PN) di antara Bersatu dan Pas pada waktu ini.


Katanya, pelancaran SG4 Group tanpa kelibat pemimpin Bersatu termasuk Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan sesuatu yang janggal memandangkan bekas Perdana Menteri itu merupakan Pengerusi PN.


"Syarikat SG4 sudah semestinya menemui jalan buntu kerana ketepikan Muhyiddin dan rakan-rakan Bersatu," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page