top of page

Keuntungan tinggi: Ekonomi baik, strategi pelaburan KWSP cemerlang



Oleh: Akmal Manaf


Menstruktur strategi pelaburan dengan mengambil peluang potensi pelaburan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, menjadi antara faktor yang membolehkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memastikan pulangan pelaburan kekal tinggi.


Pakar Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, komponen pelaburan di Malaysia ketika ini mencapai kira-kira 60 peratus. Manakala kebanyakan pelaburan merupakan pelaburan antarabangsa.

Prof Dr Barjoyai Bardai
Prof Dr Barjoyai Bardai

''Jadi kerana itu, apabila mereka melakukan pelaburan, mereka melabur dalam pelbagai instrumen seperti yang berpendapatan tetap, pelaburan saham, pelaburan bon sukuk, pelaburan hartanah, syarikat dan sebagainya.


"Pelaburan ini semuanya datang daripada destinasi pelaburan di seluruh dunia. Jadi ia dapat mempelbagaikan pelaburan itu yang menyebabkan risikonya tersebar.


''Alhamdulillah tahun ini KWSP mendapat keuntungan yang besar kerana komponen pelaburan mereka yang besar adalah dalam aspek teknologi berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI) dan sebagainya dan ini juga merupakan syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi yang tinggi,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan, hari ini.


Beliau mengulas demikian apabila ditanya adakah keuntungan pelaburan KWSP yang kekal tinggi disebabkan strategi pelaburan yang fleksibel dan keupayaan mengenal pasti peluang dalam pasaran kewangan.


Kelmarin, KWSP mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.3 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, Konvensional dan Syariah.


Kadar dividen bagi simpanan Konvensional adalah daripada jumlah agihan sebanyak RM63.05 billion manakala bagi simpanan Syariah, membabitkan agihan berjumlah RM10.19 billion, menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2024 sebanyak RM73.24 bilion.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page