top of page

Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia tawar diri terus terajui Cabang Seputeh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 20 hours ago
  • 1 min read


Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia, Anetha Vallitham Pillai menawarkan diri untuk menjadi calon Ketua Cabang Seputeh, Wilayah Persekutuan bagi penggal kedua.


Menurut Anetha, Cabang Seputeh merupakan tempat beliau memantapkan karier politik dan mendengar rintihan serta membantu rakyat sejak sekian lama.


Termasuklah, katanya, pada saat-saat paling mencabar. Ketika mana ramai memilih untuk menjauh, beliau kekal berdiri bersama masyarakat Seputeh, memperkukuh akar umbi dan membina kekuatan bersama.


"Sebagai penyandang Ketua Cabang Seputeh, saya telah memanfaatkan pengalaman saya untuk memperkemas struktur organisasi, menggerakkan pasukan secara strategik, dan kekal responsif terhadap isu-isu rakyat.


"Kepimpinan ini bukan dibina semata-mata atas nama tetapi hasil daripada kerja keras dan pengorbanan yang konsisten.


"Pencalonan ini adalah untuk menyambung usaha yang telah dimulakan — usaha membina Cabang yang kukuh, inklusif dan mampu berkhidmat dengan lebih berkesan kepada semua," katanya dalam kenyataan.


Sehubungan itu, Anetha menyeru kepada semua anggota KEADILAN Seputeh agar mengundi dengan bijaksana dan pilih pemimpin yang sentiasa hadir, yang berpengalaman, dan yang telah terbukti benar-benar bekerja untuk rakyat.


"Pasukan kami adalah satu-satunya pasukan yang kukuh dan berpengalaman. Kami juga adalah satu satunya pasukan bertanding yang mewakili semua kaum, latar belakang, dan lapisan masyarakat.


"Ini bukan sekadar pasukan, ini adalah simbol perpaduan, dedikasi dan kekuatan akar umbi Seputeh," katanya lagi.


Beliau menyifatkan masa hadapan perjuangan rakyat bergantung kepada kebijaksanaan anggota KEADILAN yang akan memilih pimpinan mereka.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page