top of page

Ketua Pemuda Pas cuba bina persepsi buruk terhadap kerajaan - AMK



Oleh: Azuan Ab Rahman


Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Kamil Munim menempelak Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden kerana cuba membina persepsi buruk terhadap kerajaan.


Merujuk kenyataan Afnan yang menuduh Kerajaan Perpaduan mengekang hak kebebasan bersuara, beliau menegaskan kebebasan bersuara tidak sama dengan kebebasan menghina, mencerca atau memfitnah.


Malah buktinya, beberapa kenyataan melampau dibuat Presiden Pas, Hj Hadi Awang terhadap lawan politiknya juga tidak dikenakan tindakan oleh Kerajaan Madani.


"Presiden parti saudara sendiri tanpa segan silu menggelar pimpinan kerajaan dengan pelbagai gelaran dan hinaan; kafir, tidak beroleh hidayah, dajal, ejen zionis dan tidak pernah lagi ditutup mulutnya.


"Kenyataan saudara tidak lebih sekadar cubaan untuk membina persepsi bahawa kerajaan hari ini mengekang kebebasan bersuara," katanya menerusi aplikasi X.


Terdahulu, Afnan yang juga Ahli Parlimen Alor Setar ketika berucap pada Muktamar Pas di Temerloh semalam menuduh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) cuba menutup mulut pembangkang.

Di hadapan penyokong Pas, Afnan memberi amaran kerajaan perlu mendengar suara pengkritik atau berdepan risiko 'kerajaan dirampas' melalui protes jalanan.


Sementara itu melalui hantarannya, Kamil Munim mencabar agar Afnan tidak sekadar melontar tuduhan jahat terhadap kerajaan, sebaliknya tampil bersama bukti meyakinkan.


"Saya mohon (Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi) untuk nyatakan mulut siapakah yang ditutup oleh kerajaan hari ini," tambah Kamil.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page