top of page

Ketua ketua AMK Negeri seluruh Malaysia dilantik



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan kesemua Ketua ketua AMK Negeri.


Menurut Ketua AMK Pusat, Adam Adli Abd Halim, pelantikan ketua ketua negeri itu diharap akan memperkukuhkan AMK menghadapi cabaran getir Pilihan Raya Umum ke 15.


"AMK komited untuk memperkukuh organisasi di segenap peringkat bagi menyediakan lapisan kepimpinan yang fokus mengangkat agenda rakyat serta kesiapsiagaan dalam mendepani PRU ke 15.


"Selaras dengan perkara 12.4, Peraturan Tetap Angkatan Muda KEADILAN, setelah melalui proses rundingan bersama Ketua-ketua AMK di peringkat Cabang dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, keputusan melantik Ketua-ketua AMK yang baharu telah pun dimuktamadkan sesuai dengan kuasa dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, pelbagai pertimbangan telah diambil sebelum keputusan berkenaan dicapai. Pemilihan disandarkan kepada keupayaan untuk memimpin, keyakinan dan sokongan dari segenap lapisan kepimpinan serta akar umbi, termasuk kesediaan dan komitmen untuk memperkukuh kesatuan juga kebersamaan dalam kalangan keluarga besar AMK.


"Diharapkan agar setiap yang dilantik dapat menjalankan amanah dengan adil, saksama, dan berkesan.


"Saya juga menyeru rakan-rakan AMK untuk memberi sokongan dan kerjasama yang baik buat kepimpinan negeri yang baharu diumumkan.


"Fokus kita haruslah tidak terpesong daripada tanggungjawab mempersiap kekuatan kita dalam berhadapan PRU 15 yang bakal menjelang," katanya lagi.


Nama nama Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri adalah seperti berikut:


Perlis : Raskhairulimran Raszali


Kedah : Mohammed Taufiq Johari


Pulau Pinang : Muhammad Fadzli Roslan


Perak : Za'im Sidqi Zulkifly


Selangor : Muhammad Izuan Ahmad Kasim


Wilayah Persekutuan : Mohammad Azfar Aza Azhar


Negeri Sembilan : Mohamad Afif Anuar


Melaka : Muhammad Ridhuan Abu Samah


Johor : Mohamad Taufiq Ismail


Pahang : Chan Chun Kuang


Terengganu : Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin


Kelantan : Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi


Sabah : Zaidi Jatil


Sarawak : Chiew Choon Man



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page