Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sabah, Zaidi Jatil baru baru ini meraikan adik Dayang Nursyifa Raisha dan Dayang Nur Tiara Alisha di atas kejayaan mereka mewakili Sabah ke Kejohanan Badminton Kebangsaan NCT JUNIOR Badminton Championship 2024 di Kuala Lumpur.
Zaidi turut memberi sumbangan penghargaan di atas kejayaan kedua dua wakil sekolah bagi negeri Sabah itu.
"Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu dan mempermudahkan urusan perjalanan kedua adik beradik ini," katanya dalam satu kenyataan.
Turut mengiringi kedua adik dalam pertemuan itu ialah Pengurus Pemain Badminton, Cikgu Richado dan kedua ibu bapa mereka.
Comments