top of page

Ketegangan di Laut China Selatan: Perlu pendekatan diplomatik lebih agresif



Malaysia yang bakal memegang kepengerusian ASEAN pada tahun depan mahu penglibatan diplomatik lebih agresif dalam menyelesaikan ketegangan melibatkan kawasan perairan wilayah antara China dan Filipina di Laut China Selatan.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr telah berhubung dengan beliau mengenai perkara itu dan Malaysia akan meneruskan penglibatan aktifnya dalam kerangka kerja ASEAN.


"Pada peringkat ini, saya memahami kebimbangan Bongbong Marcos dalam banyak perbincangan dengannya. Pandangan peribadi saya ialah kita (Malaysia) mengambil cara yang lebih agresif untuk melibatkan diri secara diplomatik dan kita agak berjaya dalam perkara itu.

"Ini kerana ada beberapa isu yang sangat serius juga dengan Malaysia, tetapi kami secara relatifnya lebih berjaya dalam hal itu kerana kami dianggap dan kelihatan benar-benar neutral dalam perbincangan itu," katanya dipetik pada persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-37 (APR) di Kuala Lumpur hari ini.


Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada seorang perwakilan dari Filipina mengenai pendekatan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi menangani kebimbangan Filipina di Laut China Selatan.


Anwar mengulangi pendirian Malaysia bahawa isu ketegangan di Laut China Selatan perlu diselesaikan dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN dan China tanpa melibatkan campur tangan pihak luar.


"Seharusnya tiada pembabitan dengan pihak-pihak lain kerana ia hanya akan menjadikan perkara itu bertambah kompleks dan merumitkan lagi keadaan," katanya.


Menurut laporan media Presiden Filipina yang juga dikenali sebagai Bongbong Marcos baru-baru ini memberi amaran kepada China supaya tidak melintasi garis merah di Laut China Selatan dan perselisihan faham antara kedua-dua negara terus meningkat.


Beijing dan Manila mempunyai sejarah panjang pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan dan terdapat konfrontasi berulang antara kapal mereka berhampiran terumbu yang dipertikaikan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.


Manila memanggil utusan China berhubung insiden terbaru berhampiran Second Thomas Shoal di Kepulauan Spratly, yang berlaku pada Mac lalu semasa misi tetap Filipina untuk membekalkan semula tentera Filipina yang berkawal di BRP Sierra Madre, sebuah kapal tentera laut yang didaratkan.


Filipina berkata, Pengawal Pantai China menyekat kapal bekalannya dan merosakkannya dengan meriam air, mencederakan tiga tentera.


Pengawal Pantai China telah mempertahankan tindakannya, menyifatkannya sebagai peraturan sah, pemintasan dan pengusiran kapal asing yang cuba menceroboh secara paksa ke dalam perairan China.


China telah menggesa Manila untuk berundur dan berhenti mencetuskan masalah di laut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page